KISAH NEGERI PINANG SEBATANG: MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA

December 05, 2011 § 0 Leave a Comment

Daripada: PENANG ECONOMIC; Mind the Child and Grow the Country, Chan Huan Chiang 

Sebaik sahaja negara mula membangun, keperluan dalam penjagaan anak yang sistematik dan berkesanamat diperlukan. Menjadi negara yang mempunyai masyarakat berbudaya pluralistik dalam kata lain, Malaysia, isu ini semakin rumit. Sememangnya kesan terhadap kegagalan dalam menangani isu ini adalah setinggi kesan terhadap kejayaan menangani isu ini. 
Ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil seringkali berada di peringkat awal karier masing-masing. Dan pada tahap itu, dalam memastikan kesejahteraan kedua-dua karier dan keluarga seimbang adalah sukar sama sekali. Oleh itu, jalan lain seperti pusat asuhan, dan tadika adalah menjadi kemestian dimana anak-anak boleh dijaga ditangan orang lain dalam masa beberapa jam.

Pada masa kini, tugas pusat asuhan dan tadika bukan sahaja sekadar menjaga anak-anak. Tugas menjaga anak-anak yang sangat kecil in telah berubah kepada tugas yang kompleks dan serentak (multitasked). Tak seperti dahulu, anak-anak hanya di pantau sahaja bukan didengari. Dalam masa terdekat, perkembangan anak-anak telah mendapat perhatian perbadanan penting di dalam masyarakat umum. Jelas sekali, kita dapati bahawa bagaimana anak-anak ini dibesarkan memberi kesan impak terhadap ekonomi dan kesejahteraan masyarakat secara umumnya.

What's this?

You are currently reading KISAH NEGERI PINANG SEBATANG: MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA at by WAFFLE.

meta